Bumbung sebuah rosak akibat dihempap pokok. FOTO ihsan APM
Bumbung sebuah rosak akibat dihempap pokok. FOTO ihsan APM
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Lima rumah di Kampung Setia Jaya, Setapak, di sini, mengalami kerosakan selepas dihempap pokok, 7.30 malam tadi.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, 11 anggota dikerahkan ke lokasi selepas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan awam memaklumkan kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati lima rumah mengalami kerosakan selepas dihempap pokok.

"Kejadian menyebabkan 10 penghuni dipindahkan ke Dewan Kampung Setia Jaya.

"Bagaimanapun tiada mangsa cedera dan anggota turut dikerahkan bagi melakukan pemantauan serta membersihkan pokok tumbang terbabit," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 10:13 PM