BTS menjadi pilihan kelab hoki ais, Anaheim Ducks yang berpangkalan di Anaheim, California, Amerika Syarikat (AS) apabila semua anggotanya diberikan jersi kelab itu, baru-baru ini.

Kumpulan itu baru saja menamatkan Jelajah Wings di Amerika Utara dan turut mendapat hadiah istimewa daripada kelab itu.

Hadiah itu disampaikan kepada mereka sebelum menjayakan konsert di Anaheim, AS.

Jersi berkenaan dibuat khas untuk mereka dengan meletakkan nombor 17 dan nama masing-masing.

Ia disampaikan Ketua Pegawai Operasi Anaheim Ducks Tim Ryan, Pengarah Tempahan JoAnn Armstrong dan Timbalan Presiden Senior AEG Live/Goldenvoice Susan Rosenbluth.

BTS kini sudah kembali ke Korea Selatan untuk bercuti selepas siri konsert jelajah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 1:22 AM