TULANG dipercayai bahagian rusuk (kanan) ditemui di tapak Arkeologi Guar Kepah. FOTO ihsan USM
TULANG dipercayai bahagian rusuk (kanan) ditemui di tapak Arkeologi Guar Kepah. FOTO ihsan USM
Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Tulang rangka dipercayai milik manusia purba ditemui ketika kerja korek tanah untuk pembinaan Pusat Arkeologi Guar Kepah, di sini, tengah hari tadi.

Tulang berkenaan ditemui pada kedalaman dua meter.

Kerja mengorek tapak berkenaan membabitkan kerjasama Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Unit Pelancongan, Seni dan Warisan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Utara.

Selain tulang dipercayai bahagian rusuk, turut ditemui ialah alat pemburuan dan batu laut dipercayai pernah digunakan manusia zaman Neolitik.

Sebelum ini, 37 rangka ditemui pengkaji Inggeris di tapak sama pada 1850 dan dikatakan masih disimpan di University Leiden, Belanda.

Penemuan rangka berkenaan yang digelar 'Seberang Perai Man' bakal mengukuhkan Guar Kepah sebagai Peta Arkeologi Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2017 @ 4:36 PM