Suspek ditahan selepas melarikan 29 tandan kelapa sawit dengan menggunakan sebuah kereta dari sebuah kebun di Kampung Olak Batu, Ayer Hitam. FOTO ihsan polis
Suspek ditahan selepas melarikan 29 tandan kelapa sawit dengan menggunakan sebuah kereta dari sebuah kebun di Kampung Olak Batu, Ayer Hitam. FOTO ihsan polis
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Dua lelaki berusia 29 tahun ditahan di depan sebuah dewan di Kilometer 32 Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam, 4 petang semalam, selepas didapati mencuri kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai berhubung kegiatan jenayah dua lelaki itu.

Katanya, dua anggota Balai Polis Ayer Hitam dibantu anggota trafik yang melakukan tugas kawalan lalu lintas bertindak menahan kenderaan dinaiki suspek.

"Polis merampas sebuah Proton Iswara, sebatang pahat sawit dan 29 tandan buah sawit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 5:07 PM