Antara pelawaan penyokong Dortmund di laman Twitter. Sumber Twitter
Antara pelawaan penyokong Dortmund di laman Twitter. Sumber Twitter
HM Digital


Dortmund (Jerman): Warga Jerman yang begitu baik hati menawarkan tempat bermalam buat penyokong Monaco berikutan perlawanan ditunda kerana bas Borussia Dortmund terkena letupan, awal pagi tadi.

Tiga letupan itu menyebabkan pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara antara Borrusia Dortmund dan Monaco di Stadium Signal Iduna Park ditangguhkan.

Keadaan itu menyebabkan beribu penyokong Monaco yang datang dari jauh tidak mempunyai tempat untuk bermalam selepas perlawaan ditangguhkan.

Oleh itu, dengan menggunakan #bedforawayfans di laman Twitter, penyokong Dortmund menawarkan tempat bermalam buat mereka.

Letupan itu berlaku ketika bas kelab Jerman itu meninggalkan L'Arrivee Hotel and Spa, kira-kira 9 kilometer dari stadium.

Pemain pertahanan Dortmund, Marc Bartra, cedera dalam letupan itu dan dibawa ke hospital.

Pertamuan yang sepatutnya berlangsung, awal pagi tadi, ditangguhkan ke awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 8:00 AM