Pemain pertahanan Borussia Dortman, Marc Bartra cedera selepas bom meletup berhampiran bas membawa pemain pasukan itu. FOTO Reuters
Pemain pertahanan Borussia Dortman, Marc Bartra cedera selepas bom meletup berhampiran bas membawa pemain pasukan itu. FOTO Reuters
Agensi

Dortmund, Jerman: Pemain pertahanan Borussia Dortman, Marc Bartra cedera selepas bom meletup di kawasan berhampiran bas pemain pasukan itu di sini, malam tadi waktu tempatan.

Kejadian kira-kira 7 malam itu berlaku ketika pasukan bola sepak berkenaan dalam perjalanan ke Stadium Signal Iduna Park untuk bertemu Monaco pada saingan suku akhir Liga Juara- Juara.

Berikutan kejadian itu, perlawanan ditunda kepada Rabu.

Twitter rasmi pasukan itu mengesahkan kejadian berkenaan yang  berlaku berhampiran Hotel L'Arrivee- 12 minit perjalanan ke Stadium Signal Iduna Park.

Bartra dikatakan hanya cedera di tangan akibat terkena serpihan kaca cermin bas dan sudah dibawa ke hospital.

Kenyataan mengenai kejadian itu turut dipaparkan di stadium berkenaan dan penyokong diminta bertenang.

Stadium berkenaan juga disahkan selamat daripada sebarang ancaman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 3:32 AM