NEUER kawal gawang Jerman di Piala Dunia lalu.
NEUER kawal gawang Jerman di Piala Dunia lalu.

Havana: Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona percaya penjaga gol Jerman Manuel Neuer sepatutnya mampu mengatasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk meraih gelaran Ballon D’Or.

“Tidak kira Messi atau Ronaldo, pilihan saya ialah Neuer kerana dia adalah individu yang paling layak untuk memenangi anugerah itu,” kata bekas pemain dan jurulatih itu ketika kunjungannya ke Cuba.

Maradona tiba di Cuba untuk mengambil bahagian dalam program sukan bersama stesen televisyen Vebnezuela, Telesur.

Sebelum itu, beliau ditemubual Radio Habana Cuba dan berkata: “Ronaldo dan Messi lebih banyak berehat sepanjang tahun lalu manakala Neuer memenangi Piala Dunia bersama Jerman.”

Nama Ronaldo yang juga juara bertahan selain pernah memenangi anugerah berkenaan dua kali bersama pemenang empat kali, Messi dan Neuer disenarai pendek untuk memenangi Ballon D’Or.

Anugerah itu akan disampaikan di Zurich, Jumaat ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:46 AM