ZULFAHMI harap mampu raih keputusan lebih baik di Litar Assen hujung bulan ini.
ZULFAHMI harap mampu raih keputusan lebih baik di Litar Assen hujung bulan ini.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Selepas hanya meraih dua mata pada pusingan ketiga Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Aragon kelmarin, pelumba kelas SuperSport negara, Zulfahmi Khairuddin berharap mampu mencatat keputusan lebih baik di Belanda, hujung bulan ini.

Menurut Zulfahmi, jenteranya memang tidak berada dalam keadaan 100 peratus terbaik minggu lalu namun sedikit gembira kerana berjaya menamatkan perlumbaan serta meraih mata.

“Saya mengharapkan keputusan lebih baik di Litar Assen nanti dan berharap kami mampu memperbaiki segala kelemahan yang ada,” ujar bekas pelumba Moto3 itu.

Pelumba Orelac Racing VerdNatura itu menamatkan perlumbaan pusingan ketiga kelmarin dengan menduduki tempat ke-14, selepas dua minggu lalu terkeluar daripada saingan di Thailand.

Dia memulakan perlumbaan di petak ke-17 dan ketinggalan 31.912 saat di belakang pemenang dari Perancis, Lucas Mahias.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2017 @ 5:23 AM