Oleh Ferzalfie Fauzi


Sepang: Pelumba IodaRacing, Lorenzo Savadori memberi amaran awal menjelang perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) apabila mencatat masa terpantas dalam sesi latihan bebas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.

Savadori yang menunggang jentera Aprilia mencatat masa dua minit 03.951 saat, manakala bekas pelumba MotoGP, Nicky Hayden (Honda WorldSBK) kedua terpantas dengan catatan 2'04.167s.

Pendahulu keseluruhan dari pasukan Kawasaki Racing Team, Jonathan Rea dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan permukaan litar baru apabila hanya mencatat masa ke-10 terpantas, 2'04.747s.

Pelumba negara yang beraksi dalam kelas Supersport, Zulfahmi Khairuddin (Orelac Racing Verdnatura) mencatat masa kesembilan terpantas 2'11.193s.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 5:00 PM