USOP enggan putus asa dan mengalah tanpa berjuang.
USOP enggan putus asa dan mengalah tanpa berjuang.
Sudirman Mohd Tahir


Kehadiran Usop dalam program Mentor Milenia 2017 bukan saja menghangatkan pentas pertandingan, malah menarik lebih ramai penonton menyaksikan program itu setiap minggu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, antara daya penarik program yang memasuki musim kedua ini.

Menurut Usop, pembabitannya sekadar mempertaruhkan bakat nyanyian dan bukan seperti kebanyakan peserta lain yang hadir dengan pakej termasuk paras rupa menarik.

Usop yang berasal dari Kulim, Kedah mengakui tidak pernah berkecil hati jika penampilannya sering menjadi bahan jenaka orang sekeliling.

“Dalam dunia ini tak ada manusia yang sempurna. Kalau mereka mengata saya, bermakna mereka mengutuk ciptaan Allah SWT. Apa yang penting sekarang saya mencari rezeki sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2017 @ 3:47 AM