BERNHART tiba di KLIA. FOTO Luqman Hakim Zubir
BERNHART tiba di KLIA. FOTO Luqman Hakim Zubir
Aziman Rosdi


Sepang: Bekas jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Frank Bernhardt mengakui masih belum menerima surat rasmi mengenai pemecatannya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sabtu lalu.

Beliau yang baru pulang dari Dubai selepas membawa pasukan menyertai Kejohanan Piala Dubai B-23, hari inimenyatakan mahu mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan FAM mengenai statusnya.

"Saya hanya mengetahui mengenai keputusan ini menerusi laporan media. Saya tidak menerima sebarang surat atau dihubungi oleh sesiapa (FAM) untuk memaklumkan perkara ini.

"Saya akan berbincang dengan FAM selepas ini dan baru saya buat keputusan," kata Bernhardt.

Bernhardt jurulatih kelahiran Jerman dilantik oleh FAM pada Disember 2015 dengan kontrak selama dua tahun dan diberikan misi utama membawa pasukan mengharungi

Kelayakan Piala AFC B-23 Julai depan dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos.

Bagaimanapun tugasnya diambil alih oleh bekas jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee selepas pengumuman dibuat oleh presiden baru Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Kongres ke-53 Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 11:41 AM