Acer Malaysia hari ini menetapkan satu penanda aras dalam peranti permainan video menerusi komputer riba Acer Aspire VX 15 yang berorientasikan prestasi dengan sistem penyejukan kipas berkembar.

Acer Aspire VX15 tampil dengan kerangka dan papan kekunci bersama lampu warna merah yang agresif bagi memastikan pengguna dapat menekan butang yang betul ketika bermain, pada masa sama memberikan rupa yang maskulin.

Ditawarkan pada harga RM4,399, komputer riba permainan video ini dikuasakan oleh pemprosesan Intel Core i7 HQ generasi ketujuh, yang menawarkan prestasi luar biasa dengan penggunaan bateri rendah.

Ia juga didatangkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti yang paling dinanti-nantikan oleh pemain bersama GDDR5 VRAM dan lebar jalur sehingga 32GB/s.

Menekankan aspek kelajuan, komputer riba ini hadir dengan memori sehingga 4GB DDR4 dengan sokongan sehingga 32GB selain storan 1TB HDD.

SPESIFIKASI:

Acer Aspire VX15

Harga: RM4,399

Sistem operasi: Windows 10 Home 64- bit

Pemprosesan: Intel Core i7-7700 HQ

Memori: 4GB DDR4, sokongan sehingga 32GB

Storan: 1TB HDD

Kad grafik: NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 5:42 AM