AKSI peserta Kejohanan Bowling Best ! Harian Metro. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Kira-kira 60 peserta mewakili 20 pasukan tidak melepaskan peluang menyertai saringan hari kedua Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bowl & Cafe di Angsana Johor Bahru Mall, hari ini.

Kejohanan 'one-off' yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun Harian Metro ke-26 yang bermula semalam, membabitkan 55 pasukan dari Johor dan negeri berdekatan secara keseluruhan.

Pengerusi kejohanan, Othman Mamat yang juga Pengarang Eksekutif Pengeluaran/BPI Harian Metro berkata, sambutan yang diterima pada hari kedua saringan juga memberangsangkan.

Beliau berkata, masih ada peserta yang membuat pendaftaran ‘walk-in’ di gelanggang.

Beliau berkata, selain menawarkan hadiah lumayan kepada peserta, setiap pemain berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk motosikal sebagai hadiah utama.

"Rata-rata penyertaan terdiri daripada golongan belia yang tidak melepaskan peluang memenuhi hari cuti mereka dengan aktiviti sihat ini.

"Terdapat juga pasukan yang terdiri dalam kalangan ahli keluarga, kakitangan swasta dan korporat dan ia amat bertepatan dengan kehendak penganjuran kejohanan ini," katanya.

Juara Kejohanan Bowling Best! Harian Metro menawarkan hadiah RM1,000 bersama medal dan hadiah iringan.

Manakala naib juara membawa pulang RM700 bersama medal dan hadiah iringan, tempat ketiga RM600, medal dan hadiah iringan.

Tempat keempat RM500 dan medal serta hadiah iringan manakala tempat kelima hingga 10 membawa pulang RM200.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 6:49 PM