Rudy Fazrunisyam Samarudin

Foto Zulkarnain Ahmad Tajudin

Johor Bahru: Hampir 200 peserta menyertai Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bowl & Cafe di Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, bermula pagi ini hingga Sabtu.

Kejohanan 'one-off' sempena sambutan ulang tahun Harian Metro ke-26 itu membabitkan lebih 50 pasukan dari Johor dan negeri berdekatan.

Pengerusi kejohanan, Othman Mamat yang juga Pengarang Eksekutif Pengeluaran/BPI Harian Metro berkata, sambutan diterima memberangsangkan apabila masih ada peserta yang membuat pendaftaran ‘walk-in’ di gelanggang.

Menurutnya, selain menawarkan hadiah lumayan, setiap pemain berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah, dengan motosikal sebagai hadiah utama.

"Rata-rata penyertaan terdiri daripada golongan muda dan ini perkembangan yang sihat, selari dengan objektif kejohanan.

"Ada juga pasukan dianggotai ahli keluarga yang bertepatan dengan kehendak penganjuran kejohanan ini," katanya.

Kejohanan Bowling Best! Harian Metro menawarkan hadiah utama RM1,000 bersama medal dan hadiah iringan, naib juara menerima RM700 bersama medal dan hadiah iringan, tempat ketiga RM600, medal dan hadiah iringan.

Tempat keempat akan menerima RM500 dan medal serta hadiah iringan manakala tempat kelima hingga 10 membawa pulang RM200.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 12:17 PM
Othman Mamat (barisan kedua, tiga dari kiri) bergambar bersama peserta Kejohanan Bowling Best ! Harian Metro di Sahara Bowl  & Cafe, Angsana Johor Bahru, hari iini. - Foto /ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN
Othman Mamat (barisan kedua, tiga dari kiri) bergambar bersama peserta Kejohanan Bowling Best ! Harian Metro di Sahara Bowl & Cafe, Angsana Johor Bahru, hari iini. - Foto /ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN