TUNKU Ismail (dua dari kiri) sentiasa memberikan kemudahan terbaik untuk penyokong bola sepak.
TUNKU Ismail (dua dari kiri) sentiasa memberikan kemudahan terbaik untuk penyokong bola sepak.
Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Bagi memastikan keselamatan penyokong tuan rumah dan pelawat sentiasa dijaga, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengorak langkah apabila melantik 1,000 marsyal bertauliah pada saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula hujung bulan ini.

Ia pembaharuan dicetuskan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang begitu prihatin terhadap keselamatan penyokong bukan saja penyokong Johor Darul Ta'zim (Johor DT) malah penyokong pelawat.

Menerusi enti terbaru dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail bersetuju PBNJ menubuhkan satu syarikat keselamatan yang akan bertanggungjawab terhadap keselamatan penyokong sama ada dalam dan di luar stadium.

"Dijangkakan 1,000 marsyal akan dilantik untuk ditugaskan pada setiap perlawanan liga dan ia akan dipraktikkan bermula hujung bulan ini.

"Langkah ini diambil kerana Tunku Ismail amat menitikberatkan keselamatan terutama kepada penyokong yang hadir menyaksikan saingan liga membabitkan perlawanan Johor DT.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 5:23 AM