Peniaga, Tan Poh Gin, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengeksploitasi wanita Indonesia berusia 1 9 tahun bagi tujuan buruh paksa, hari ini.
Peniaga, Tan Poh Gin, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengeksploitasi wanita Indonesia berusia 1 9 tahun bagi tujuan buruh paksa, hari ini.
Shamsul Munir Safini


Butterworth: Peniaga wanita, Tan Poh Gin,34, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, terhadap tuduhan mengeksploitasi wanita Indonesia berusia 19 tahun bagi tujuan buruh paksa, hari ini.

Tertuduh yang didakwa mengelsploitasi wanita warga asing berkenaan di sebuah restoran di Nibong Tebal pada 1 Februari 2017, melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyuludupan Migran 2007.

Tan yang menangis di kandang tertuduh sejurus kertas pertuduhan dibacakan, minta dibicarakan.

Tertuduh merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan jaminan dengan alasan terpaksa menjaga dua anak berusia empat dan tujuh tahun, termasuk seorang yang sakit.

Hakim Norhayati Mohamad Yunuskemudian membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Selvaranjini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 11:04 AM