GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Pasukan Polis Singapura menahan 20 suspek sindiket ‘African Scam’ membabitkan kerugian RM21.6 juta.

Kejayaan operasi bersama itu dikongsikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitter miliknya, malam tadi.

"Syabas JSJK @PDRMsia dan Commercial Affairs Department Singapore tangkap 20 orang, African Scam, kerugian RM21.6 juta. 108 mangsa di Malaysia/Singapore #GoPDRMGo," katanya.

Sementara itu, Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi itu masih berjalan dan perincian mengenai kejayaan itu akan diumumkan Isnin depan.

"PDRM dan Pasukan Polis Singapura akan mengadakan sidang media berhubung kejayaan ini pada Isnin depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 12:46 AM