Keadaan kereta yang remuk bahagian hadapan. FOTO Ihsan Bomba
Keadaan kereta yang remuk bahagian hadapan. FOTO Ihsan Bomba
Farah Suhaidah Othman


Ipoh : Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Jelapang berhampiran kilang Yeo's di sini pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya berkata, bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.30 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati sebuah kereta jenis Perodua Viva terbabas dan melanggar sebatang pokok.

“Seorang wanita berusia 46 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian manakala seorang wanita berusia 22 tahun cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat manakala wanita yang cedera dihantar ke hospital sama untuk dirawat.

“Kerja-kerja menyelamat tamat kira-kira jam 10.39 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 11:58 AM