MEDIA Korea Selatan menyiarkan laporan pelancaran empat peluru berpandu Korea Utara. FOTO EPA
MEDIA Korea Selatan menyiarkan laporan pelancaran empat peluru berpandu Korea Utara. FOTO EPA
AFP

Seoul: Pelancaran empat peluru berpandu oleh Korea Utara, semalam adalah latihan untuk serangan ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Jepun, kata agensi berita rasmi Pyongyang, KCNA, hari ini.

KCNA berkata, pemimpin Kim Jong-un mengawasi latihan itu dan memberi arahan untuk memulakannya.

Sambil memerhati asap daripada peluru berpandu itu, Jong-un memuji unit meriam Hwasong yang mengendalikan pelancaran terbabit, kata KCNA.

Unit tentera yang terbabit “ditugaskan untuk menyerang pangkalan Amerika Syarikat di Jepun di luar jangkaan,” katanya.

Tiga daripada empat peluru berpandu melanda berhampiran Jepun di kawasan perairan yang sebahagian daripada zon eksklusif ekonominya.

Sementara itu, mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincang pelancaran yang diminta oleh Amerika Syarikat dan Jepun dijangka berlangsung Rabu ini.

Semalam, Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu dari Tongchang ke Laut Jepun. Ia mencapai jarak 1,000 kilometer serta ketinggian 260 kilometer, kata jurucakap Ketua Turut Bersama Korea Selatan.

Minggu lalu, Seoul dan Washington turut memulakan latihan ketenteraan bersama tahunan yang sentiasa memarahi Pyongyang.

Pyongyang dilarang menggunakan teknologi peluru berpandu balistik di bawah resolusi PBB.

Namun enam sekatan PBB sejak ujian nuklear pertama pada 2006 gagal menghentikan usaha Korea Utara menghasilkan peluru berpandu yang ia menegaskan diguna sebagai senjata pertahanan.

Berita berkaitan:

Korea Utara lancar 4 peluru berpandu

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2017 @ 8:23 AM