GAMBAR yang disiarkan agensi berita Korea Utara menunjukkan pelancaran roket ICBM Hwasong-14 di satu lokasi rahsia kelmarin. - AFP
GAMBAR yang disiarkan agensi berita Korea Utara menunjukkan pelancaran roket ICBM Hwasong-14 di satu lokasi rahsia kelmarin. - AFP
JONG-un (kanan) bersama pegawainya meraikan kejayaan ujian kedua peluru berpandu Hwasong-14 kelmarin. - EPA
JONG-un (kanan) bersama pegawainya meraikan kejayaan ujian kedua peluru berpandu Hwasong-14 kelmarin. - EPA
Agensi

Pyonyang: Pemimpin Korea Selatan, Kim Jong-un memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) sejurus kejayaan ujian kedua Peluru Berpandu Rentas Benua (ICBM) yang dipercayai pakar mampu mencapai sasaran yang lebih jauh.

Jong-un semalam berkata, ujian kedua ICBM kelmarin menunjukkan negara itu kini mampu menyerang bandar di AS dengan senjata nuklear.

Pakar berkata, peluru berpandu menyasarkan Los Angeles, Denver dan Chicago malah boleh mencapai hingga ke New York dan Boston.

Walaupun Jong-un tidak pernah menyatakan keinginan untuk menyerang Eropah tetapi ujian terbaru itu menunjukkan London, Paris, Berlin dan Rome semuanya berada dalam jarak sasaran.

Roket Hwasong-14 dilaporkan mencapai ketinggian 3,724 kilometer dan terbang sejauh 998 kilometer sebelum jatuh di perairan berhampiran Jepun.

Tidak lama selepas pelancaran itu, tentera AS dan Korea Selatan mengadakan latihan tembakan peluru berpandu.

Pakar percaya, ujian pertama ICBM Korea Utara pada 4 Julai lalu mungkin boleh mencapai sasaran sejauh Alaska dan dalam ujian kedua ini jaraknya meningkat lebih jauh lagi.

Agensi Berita Pusat Korea Utara (KNCA) melaporkan, Jong-un gembira dengan kejayaan ujian kedua berkenaan.

KCNA yang memetik Jong-un sebagai berkata, ujian itu membuktikan kebolehpercayaan sistem ICBM Korea Utara dan kemampuan untuk menyerang mana-mana wilayah dan lokasi pada bila-bila masa dengan semua kawasan AS berada dalam jarak sasaran.

“Kejayaan ini menghantar amaran serius kepada AS yang sering meniup ancaman perang dan sekatan berat yang tidak memberi apa-apa makna,” katanya.

Kedegilan Jong-un mengejar cita-cita nuklearnya meresahkan dunia terutama musuh utama Korea Utara iaitu AS, Korea Selatan dan Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2017 @ 4:02 AM