Gambar yang disediakan tentera Amerika di Korea menunjukkan sistem ant-misil THAAD yang tiba di Pangkalan Udara Osan,  Pyeongtaek, Korea Selatan,  Isnin lalu. - REUTERS
Gambar yang disediakan tentera Amerika di Korea menunjukkan sistem ant-misil THAAD yang tiba di Pangkalan Udara Osan, Pyeongtaek, Korea Selatan, Isnin lalu. - REUTERS
Reuters

Seoul: Amerika Syarikat mula menempatkan sistem pertahanan anti-misil di Korea Selatan hari ini, selepas Korea Utara melakukan tembakan ujian empat peluru berpandu balistik walaupun mendapat bantahan daripada China.

Pengumuman itu dibuat selepas media Korea Utara melaporkan pemimpin negara itu, Kim Jong-un sendiri menyelia pelancaran peluru berpandu terbabit yang didakwa dipasang bertujuan mensasarkan pangkalan tentera Amerika di Jepun.

Pelancaran peluru berpandu itu juga dilihat sebagai tindakan provokosi terhadap Amerika yang sedang melakukan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan.

Pemerintah Pasifik Amerika, Laksamana Harry Harris dalam kenyataan berkata: “Provokasi berterusan oleh Korea Utara dengan melancarkan peluru berpandu semalam menyebabkan kami mengambil keputusan memasang THAAD di Korea Selatan.”

Terminal Pertahanan Altitud Tinggi (THAAD) ialah sistem pertahanan ant-misil termaju dimiliki Amerika. THAAD yang dipasang di Korea Selatan dijangka beroperasi awal April.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2017 @ 3:05 PM