KOREA Utara melancarkan ‘senjata taktikal jenis baru’ sebagai amaran kepada tentera Korea Selatan. FOTO REUTERS
KOREA Utara melancarkan ‘senjata taktikal jenis baru’ sebagai amaran kepada tentera Korea Selatan. FOTO REUTERS
AFP

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyelia pelancaran ‘senjata taktikal jenis baru’ sebagai amaran kepada tentera Korea Selatan, kata agensi berita KCNA, hari ini.

Jong-un secara peribadi mengatur dan menyaksikan pelancaran sistem persenjataan terbaharu itu semalam, lapor KCNA, merujuk kepada dua peluru berpandu jarak dekat yang dibedil ke laut.

Ketua Turus Staf Korea Selatan, berkata semalam, Pyongyang membedil roket tidak dikenali pada jam 5.34 pagi waktu tempatan dan satu lagi pada 5.57 pagi, dari kawasan Wonsan ke Laut Timur, dan ia terbang sekitar 430 kilometer.

Ia adalah ujian peluru berpandu pertama Pyongyang sejak pertemuan antara Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 11:04 AM