PENGARANG Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapha Omar dan Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Abdul Ghafar Ismail bersama sukarelawan Kelab Berbasikal Harian Metro bergambar sebelum memulakan misi. FOTO Asyraf Sawal

Kuala Lumpur: Harian Metro bersama 30 ahli Harian Metro Cycling Club (HMCC) berlepas ke Temerloh bagi membantu mangsa banjir melalui Konvoi Misi Bantuan malam tadi.

Kumpulan konvoi terdiri daripada dua lori dan sembilan kenderaan pacuan empat roda yang berlepas dari Anjung Liku, Balai Berita NSTP, Bangsar di sini, membawa lebih tiga tan pelbagai sumbangan barangan makanan dan pakaian.

Sumbangan turut diterima daripada Tesco, Institut Kemajuan Islam Malaysia, Islamic Aid Malaysia, YZ Gym, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Isuzu Malaysia, Dwish Management, Jiwa Basikal, Kelab Basikal GSA, Kelab Basikal G3K, Kelab Basikal TCT, Kelab Basikal Armaniz, Kelab Basikal KSCC dan Persatuan Penduduk Taming Impian, Kajang.

Konvoi turut disertai Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Timbalannya, Abdul Ghafar Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 12:07 AM