MASIH simpan harapan supaya pementasan teater Putera La Galigo diteruskan.
MASIH simpan harapan supaya pementasan teater Putera La Galigo diteruskan.
Syafil Syazwan Jefri


Pelakon, Amar Asyraf me­ngakui semakin tawar hati, namun masih menyimpan harapan supaya teater Putera La Galigo yang sepatutnya dipentaskan pada 16 Disember lalu, diteruskan.

Menurutnya, dia ada menerima tawaran lakonan yang lain, namun masih memberikan ruang sekiranya dipanggil semula untuk menjayakan teater itu.

“Sejujurnya, saya sudah rasa tawar hati dengan produksi teater itu. Namun begitu, saya masih juga ingin tahu perkembangan terbarunya.

“Setakat ini, saya dimaklumkan bahawa teater Putera La Galigo akan dipentaskan selepas Aidilfitri, namun belum ada kata putus mengenainya.

“Menurut pihak produksi, sudah ada perbincangan dengan Tuanku Sultan Selangor dan khabarnya, sudah ada skrip baru. Sama-sama kita nantikan,” kata Amar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2017 @ 5:00 AM