Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra (tengah) menyampaikan hadiah dan piala kepada Muhammad Qayyim (dua kanan) di Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Ismail Muhamad

Kota Bharu: Remaja yang cacat mata kanan diumum sebagai johan qari dalam Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran Negeri Kelantan 2017.

Majlis diadakan di Balai Islam Lundang, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 18, dari Kota Bharu mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 2 April ini.

Bersamanya ke pertandingan itu adalah Munirah Kasim, 50, dari Tanah Merah yang memenangi tempat pertama qariah.

Pemangku Sultan Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 11:24 PM