FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Hayati Ibrahim dan Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Wan Ainuddin Hilmi Abdullah yang juga wakil Kelantan dan qariah Johor, Nor Azrah Ayub muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-59, di sini, malam tadi.

Wan Ainuddin Hilmi - johan qari 2015 - memperolehi 88.67 peratus manakala Nor Azrah memperolehi 87.33 peratus.

Kedua-duanya membawa pulang RM15,000, piala iringan, Proton Exora dan pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil penghargaan.

Wakil Pahang, Zul-Hasyimi Mohamed Yunus naib johan qari manakala Nor Faizah Panut (Selangor) naib johan qariah.

Mereka membawa pulang hadiah RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga qari dan qariah, masing-masing dimenangi Mohamad Husaini Mahmur (Negeri Sembilan) dan Puteri Kalimatul Azzua Hamid (Perak).

Johor diumumkan sebagai johan keseluruhan dengan jumlah markah terkumpul 84.50 peratus.

Johan tempat pertama qari dan qariah akan mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 2-7 Mei.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2016 @ 11:07 PM