KEADAAN banjir di Limbang, semalam. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN banjir di Limbang, semalam. FOTO ihsan Bomba
BERNAMA

Miri: Mangsa banjir di Limbang, Sarawak meningkat kepada 415 orang daripada 136 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Semalam, 243 orang daripada 79 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir di kawasan pedalaman Limbang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata kesemua mangsa adalah dari Rumah Panjang Asan, Kampung Semena dan Kampung Hujung Jalan.

"Mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Mendamit di Nanga Mendamit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, 710 murid sekolah rendah dari lapan sekolah di Limbang dan Miri tidak meneruskan sesi persekolahan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2017 @ 10:31 AM