ANTARA kawasan di Limbang yang dinaiki air, Ahad lalu. FOTO ihsan Bomba
ANTARA kawasan di Limbang yang dinaiki air, Ahad lalu. FOTO ihsan Bomba
BERNAMA

Miri: Seramai 1,337 murid dari 17 sekolah rendah di Limbang, Sarawak, tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini akibat masalah banjir melanda daerah itu sejak Ahad lalu.

Jumlah mangsa banjir di daerah tersebut meningkat sedikit kepada 413 orang setakat 6 pagi ini berbanding 410 mangsa malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata, kesemua mangsa adalah dari Rumah Panjang Asan, Kampung Semena dan Kampung Lubuk Lasas.

Katanya, kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Mendamit di Nanga Mendamit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 9:19 AM