MAATSEN tonggak baharu Villa. FOTO AFP
MAATSEN tonggak baharu Villa. FOTO AFP
AFP

London: Aston Villa menandatangani pertahanan Belanda, Ian Maatsen dari pasukan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, selepas kelab itu mengumumkan di laman web mereka.

Tiada bayaran didedahkan, tetapi beberapa media Britain melaporkan Maatsen berpindah ke Villa dalam perjanjian bernilai £37.5 juta (RM223 juta).

Bek kiri berusia 22 tahun itu berada dalam skuad Borussia Dortmund yang ditewaskan 0-2 oleh Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Wembley awal bulan ini ketika dipinjamkan dari Stamford Bridge.

Dia kini bersama Belanda di Euro di Jerman selepas dipanggil ke dalam skuad sebagai pengganti bintang Barcelona, ​​Frenkie de Jong yang cedera.

Maatsen ialah pemain kedua yang ditandatangani oleh pengurus Villa, Unai Emery dalam jendela perpindahan pramusim berikutan ketibaan penyerang Lewis Dobbin dari Everton.

Villa kini bersiap sedia untuk saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas menduduki tempat keempat dalam EPL musim lalu.

Maatsen membuat 16 penampilan dalam Bundesliga dan tujuh dI Liga Juara-Juara bersama Dortmund, termasuk menjaringkan gol dalam kemenangan suku akhir kelab Jerman itu ke atas Atletico Madrid.

Dia juga beraksi dalam 12 perlawanan EPL untuk Chelsea musim lalu, sebelum ini dipinjamkan kepada trio kelab England di Charlton, Coventry dan Burnley.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 10:25 AM