HAYATI pengorbanan pahlawan negara di Kompleks Sejarah Pasir Salak.
HAYATI pengorbanan pahlawan negara di Kompleks Sejarah Pasir Salak.
HAYATI pengorbanan pahlawan negara di Kompleks Sejarah Pasir Salak.
HAYATI pengorbanan pahlawan negara di Kompleks Sejarah Pasir Salak.
myMetro

Ditubuhkan bagi memberi penghormatan kepada pahlawan seperti Datuk Sagor dan Datuk Maharaja Lela, Kompleks Sejarah Pasir Salak antara destinasi yang mesti dikunjungi di Perak.

Terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari Ipoh, terdapat memorial yang didirikan bagi menghargai pengorbanan mereka dalam bentuk sundang (pedang) dan replika berbentuk pisau yang digunakan dalam pembunuhan Residen British di Perak, JWW Birch.

Kompleks Sejarah Pasir Salak ini juga tempat api semangat kebangsaan Melayu mula bertiup. Selepas JWW Birch dibunuh di tebing Sungai Perak, ketegangan antara pentadbiran penjajah British dan orang Melayu meningkat.

Ia menjadi bertambah buruk sehingga menjadi konflik terbuka yang akhirnya membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan negara.

Tarikan lain di kompleks itu adalah Monumen JWW Birch, kubur Sipuntum (didakwa sebagai pembunuh), kubu Datuk Maharaja Lela, meriam Lela Rentaka yang digunakan dalam penentangan terhadap tentera penjajah British dan dua rumah kutai (rumah tradisi Perak) dipenuhi dengan artifak sejarah serta budaya tempatan.

Bagi anda yang berminat untuk ke sini menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), keluar dari Persimpangan Simpang Pulai. Kemudian ambil laluan ke Batu Gajah kemudian ke kampung Gajah dan ikut papan tanda menuju ke Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 10:31 AM