Tunku Ismail di majlis pertemuan dengan 200 penyokong bola sepak tanah air di Kuala Lumpura hari ini. FOTO Luqman Hakim Zubir
Tunku Ismail di majlis pertemuan dengan 200 penyokong bola sepak tanah air di Kuala Lumpura hari ini. FOTO Luqman Hakim Zubir
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana tidak mahu organisasi itu jatuh ke tangan indvidu yang salah.

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan 200 penyokong bola sepak tanah air selama sejam hari ini menegaskan, pembaharuan dalam struktur FAM perlu dilakukan segera.

"Saya tak mahu FAM dijadikan tempat untuk individu mengambil kesempatan dari segi politik, saya tidak mahu FAM disalahgunakan.

"Saya terfikir sudah lebih 30 tahun penyokong tanah air dan saya sendiri mahukan pembaharuan, adakah kita sanggup menunggu 30 tahun lagi? katanya ketika menjawab pertanyaan penyokong.

Tunku Ismail membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan nombor satu FAM pada pemilihan Kongres ke-53 Mac depan selepas mendapat perkenan ayahanda Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar serta sokongan 14 delegasi daripada 20 ahli gabungan.

Beliau ditentang Penasihat Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas Timbalan Presiden FAM.

Tunku Ismail mengakui peluangnya untuk memenangi jawatan yang sebelum ini disandang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah 50-50 kerana sedar pengaruh politik dalam FAM.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 8:30 PM