Pelajar SJKC Chan Wa, Seremban dan SMK Air Putih, Kuantan selepas dinobatkan sebagai johan pertandingan. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Pelajar SJKC Chan Wa, Seremban dan SMK Air Putih, Kuantan selepas dinobatkan sebagai johan pertandingan. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Pertandingan Robotic Lego Education Space Challenge Peringkat Kebangsaan 2017 mencipta rekod tersendiri apabila diiktiraf sebagai penyertaan terbanyak bagi pertandingan robotik di negara ini oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pertandingan itu disertai seramai 1,980 peserta membabitkan 198 kumpulan.

Beliau berkata, pertandingan itu dianjurkan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutian (SWHP) 2017 malah, ia menerima penyertaan memberangsangkan daripada 68 pasukan sekolah rendah dan 130 pasukan dari sekolah menengah seluruh negara.

"Program ini adalah salah satu usaha untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang robotik selain dapat menguji kebijaksanaan dan kreativiti pelajar," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Robotic Lego Education Space Challenge Peringkat Kebangsaan di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini, hari ini.

Katanya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chan Wa, Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah rendah manakala, johan bagi kategori sekolah menengah pula diungguli Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih, Kuantan, Pahang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 7:41 PM