Mohd Rizal Abdullah


Kuching: Sebelas individu membabitkan 31 keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan(SK) St Peter dibenarkan pulang, hari ini.

Semua mangsa banjir dari Kampung Simpok dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing apabila air kian surut, pada kira-kira 9 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Farhan Sufyan Borhan, berkata dua PPS masih dibuka iaitu SK Sejijak dan Dewan Suarah Samarahan.

Menurutnya, mangsa yang ditempatkan di Dewan Suara Samarahan dari Kampung Tanjung Bundong membabitkan 76 individu dari 14 keluarga.

"Di SK Sejijak pula, ada 34 mangsa daripada lapan keluarda dari Kampung Tengah Sungai,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2017 @ 10:36 AM