Anggota bomba membantu memindahkan penduduk yang terbabit banjir. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba membantu memindahkan penduduk yang terbabit banjir. FOTO ihsan bomba
Mohd Rizal Abdullah


Kuching: Seramai 57 individu membabitkan 15 keluarga di daerah ini dan Samarahan dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini berikutan banjir kilat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Farhan Sufyan Borhan berkata, seramai lapan keluarga di Kuching dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sejijak manakala mangsa di Samarahan dipindahkan ke SK St Peter.

Menurutnya, hujan lebat sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan berkenaan dinaiki air setinggi 0.5 meter.

"Terdapat beberapa kawasan lain yang turut terjejas, bagaimanapun, tiada perpindahan," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melakukan pemantauan dan menghulurkan bantuan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 6:53 PM