KAPAL Nautical Aliya yang membawa bantuan kemanusiaan tidak dibenarkan berlabuh di Teknaf atas arahan Kerajaan Bangladesh. FOTO Syarafiq Abd Samad
KAPAL Nautical Aliya yang membawa bantuan kemanusiaan tidak dibenarkan berlabuh di Teknaf atas arahan Kerajaan Bangladesh. FOTO Syarafiq Abd Samad
Yusmizal Dolah Aling


Laut Andaman: Nautical Aliya tidak dibenarkan berlabuh di Teknaf manakala sukarelawan juga tidak dibenarkan turun. Itu perkembangan terbaru daripada kerajaan Bangladesh kepada misi Food Flotilla For Myanmar.

Sebaliknya hanya Chittagong, St Martin dan Kutubdia menjadi 'tawaran' baru kepada misi berkenaan, menjadikan berita mengejutkan kepada semua sukarelawan.

Ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau menerima surat daripada Kementerian Luar Negeri Bangladesh menyatakan perkara itu atas alasan keselamatan dan saiz kapal yang agak besar.

Katanya, penganjur terdiri daripada Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akur dengan kebenaran itu dan akan meneruskan misi berkenaan sehingga selesai.

"Saya akan memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan yakin beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dan merayu kepada Kerajaan Bangladesh untuk memberikan kebenaran kepada misi ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 2:29 PM