Kapal Nautical Aliya
Kapal Nautical Aliya
Yusmizal Dolah Aling


Cox's Bazar: Kerajaan Bangladesh memberi kebenaran kepada Nautical Aliya untuk berlabuh di Chittagong.

Perkembangan terbaru itu diperoleh selepas Ketua Misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid mengadakan perbincangan selama tiga jam di atas kapal Tentera Laut Bangladesh.

"Dalam perbincangan itu saya juga berpeluang bercakap menerusi telefon dengan Panglima Tentera Darat Bangladesh dan dia memaklumkan mereka memberi kebenaran berlabuh di Chittagong.

"Hari ini mereka ada mesyuarat kabinet. Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menyatakan hasrat kita dan saya dimaklumkan, ia dibincangkan dalam kabinet mereka," katanya pada sidang media.

Bagaimanapun, katanya, sebarang kebenaran untuk sukarelawan turun dan visa ketibaan akan dirundingkan semula sebaik tiba di Chittagong dan ia akan dimakumkan kepada media nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 6:54 PM