Sebahagian daripada sukarelawan melihat kawasan perairan Myanmar pada Misi Food Flotilla For Myanmar. FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD
Sebahagian daripada sukarelawan melihat kawasan perairan Myanmar pada Misi Food Flotilla For Myanmar. FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD
Yusmizal Dolah Aling


Laut Andaman : Nautical Aliya akan berlabuh di perairan Myanmar jam 11.30 malam ini dan memasuki pelabuhan Yangon 12.15 tengah hari esok.

Ketua Misi Food Flotilla for Myanmar berkata, selepas itu satu majlis penyerahan 500 tan barangan sumbangan kepada masyarakat muslim akan diadakan dengan dihadiri Duta Besar Malaysia ke Myanmar Mohd Haniff Abdul Rahman bersama beberapa kenamaan Myanmar.

Katanya selesai majlis itu, Nautical Aliya akan meneruskan perjalanan ke Chittagong Bangladesh dijadualkan malam esok dan dijangka sampai Ahad atau Isnin ini.

"Sampai di sana sukarelawan akan menaiki bas ke Cox's Bazar dan kita akan ke dua kem iaitu Kutupalong dan Narapaya.

"Kita berharap kerajaan Bangladesh memberi kelulusan visa ketibaan untuk kita turun. Kita akan berada di sana selama empat hari dan jangkaka misi selesai pada 17 Februari ini," katanya.

8 Februari 2017

9.30 malam (waktu tempatan) - berlabuh di perairan Myanmar

9 Februari 2017

10.30 pagi - masuk ke Pelabuhan Yangon

- majlis penyerahan barangan sumbangan Food Flotilla For Myanmar

Malam - berlepas ke Chittagong (perjalanan mengambil masa tiga hari)

12 Februari 2017

Tiba di Chittagong. Sukarelawan akan menaiki bas selama enam jam ke Cox's Bazar dan berada di sana selama empat hari

- sukarelawan akan masuk ke Kem Kutupalong dan Narapaya.

- perjalanan Cox's Bazar ke Kutupalong ambil masa 1 jam

- perjalanan Cox's Bazar Narapaya 1 jam

17 Februari 2017

- misi selesai

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 4:26 PM