FOTO ini papar pesakit kanser membawa lilin ketika acara ‘Luminaria’ sempena Relay For Life Kuala Lumpur 2016 di Dataran Petaling Jaya, Kuala Lumpur, 6 Ogos 2016. FAIL Mohamad Shahril Badri Saali
FOTO ini papar pesakit kanser membawa lilin ketika acara ‘Luminaria’ sempena Relay For Life Kuala Lumpur 2016 di Dataran Petaling Jaya, Kuala Lumpur, 6 Ogos 2016. FAIL Mohamad Shahril Badri Saali
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Kesihatan akan kaji semula caj rawatan pesakit kanser di semua hospital kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindra, berkata kajian itu akan mengambil kira beban rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah, OKU dan warga emas.

Sebelum ini, katanya, kos hospital kerajaan sangat minimum dan disubsidi sepenuhnya dan boleh dianggap hampir percuma berbanding hospital swasta.

“Caj yang mungkin dikenakan tak membebankan dan berada dalam lingkungan 20 peratus daripada kos sebenar rawatan kanser," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Fun Walk Sempena Hari Kanser Sedunia Peringkat Institut Kanser Negara (IKN) 2017, di sini, hari ini.

Katanya, pada masa sama, bagi pesakit yang tidak berkemampuan, mereka boleh merujuk kepada pegawai kebajikan kementerian di setiap hospital bagi mendapatkan pengecualian pembayaran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 12:43 PM