Mohamed Khaled (tengah) dan Zulkurnain bergambar bersama peserta sebelum pelepasan konvoi Op Cuci Banjir bagi bantuan mangsa banjir, pembersihan dan perubatan. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohamed Khaled (tengah) dan Zulkurnain bergambar bersama peserta sebelum pelepasan konvoi Op Cuci Banjir bagi bantuan mangsa banjir, pembersihan dan perubatan. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Izlaily Nurul Ain Hussein


Iskandar Puteri: Seramai 700 Sukarelawan Darul Ta'zim (SDT) terdiri daripada 20 organisasi berlepas ke Segamat bagi menyertai Op Cuci Banjir, pagi ini.

Semua sukarelawan itu akan menjayakan misi pasca banjir membabitkan tiga kawasan iaitu Labis, Segamat dan Muar.

Majlis pelepasan konvoi SDT disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di lobi Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, misi pasca banjir itu akan dilaksanakan di kawasan yang dikenal pasti paling kritikal terjejas akibat banjir bulan lalu.

"SDT akan menjayakan misi pembersihan kira-kira 50 premis termasuk bangunan awam, rumah, masjid atau balai raya.

"Selain itu, SDT juga akan menghantar barangan makanan ke beberapa kawasan yang terputus hubungan dan rawatan kesihatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2017 @ 11:04 AM