PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, keluar dari Istana Bukit Serene selepas menghadap Sultan Johor. FOTO Mohd Azren Jamaludin
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, keluar dari Istana Bukit Serene selepas menghadap Sultan Johor. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri satu majlis tertutup bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Country Garden di sini, yang dipercayai turut dihadiri tetamu kehormat berpangkat Gabenor dari China.

Terdahulu, Najib menghadap Sultan Ibrahim hampir sejam di Istana Bukit Serene di sini, selepas tiba kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Beliau dilihat meninggalkan istana dan keluar menerusi pintu Gerbang Mahkota kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Najib dilihat menaiki kenderaan rasminya bersama beberapa lagi kenderaan pengiring.

Petang ini, Najib turut dijadualkan menghadiri majlis perasmian Bangunan UMNO Bahagian Muar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2015 @ 3:11 PM