HAU  (tengah)  bersama Husyin (duduk hadapan kiri)  dan  Dinesh (belakang, kiri) menyambut perayaan Tahun Baru China bersama-sama.
HAU (tengah) bersama Husyin (duduk hadapan kiri) dan Dinesh (belakang, kiri) menyambut perayaan Tahun Baru China bersama-sama.
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Perbezaan pegangan agama dan budaya tidak menjadi halangan buat Chong Choon Hau, 30, untuk sama-sama meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina dengan rakannya yang berbangsa lain.

Malah, kehadiran rakannya pada Tahun Baru Cina ke rumahnya nyata mengeratkan dan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan yang kebanyakannya terjalin sejak sekian lama.

Menurut Hau, selain gembira menyambut perayaan itu bersama keluarga dan sanak saudara, kehadiran rakan-rakannya terutama yang berbangsa lain juga memberikan pengertian yang tersendiri buatnya.

“Setiap tahun menjadi kemestian saya menjemput rakan tanpa mengira bangsa dan kebanyakan sudah lama saya kenal selain rakan sekerja.

“Ini kerana saya mahu berkongsi perasaan gembira menyambut Tahun Baru Cina dengan mereka begitu juga apabila tiba perayaan lain menjadi tradisi saya berkunjung ke rumah mereka pula,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 8:42 AM