DANIEL Harrington.
DANIEL Harrington.
Agensi

Hull (Britain): Seorang banduan cuba menyeludup ke dalam penjara dua telefon bimbit, kabel pengecas, kad SIM dan ubat herba yang disembunyikan di dalam duburnya.

Daniel Harrington, 25, didakwa di mahkamah atas tuduhan seksual dan bakal dipenjarakan.

Kerana sedar dia bakal dipenjarakan, Harrington memasukkan barangan berkenaan ke dalam duburnya dengan harapan dapat diseludup masuk penjara.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di penjara, petugas berjaya menemui barangan yang disembunyi di dalam dubur lelaki itu.

Namun, pegawai penjara tidak menemui kad SIM yang disembunyikan Harrington.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 8:09 AM