DOE (kanan) belum pamer aksi sebenar.
DOE (kanan) belum pamer aksi sebenar.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Penyerang import Selangor, Francis Forkey Doe yang dikecam pengendalinya sendiri P Maniam ekoran aksi hambarnya dalam dua aksi Liga Super setakat ini berjanji mempertingatkan prestasinya selepas ini.

Mengakui tahap kecergasannya menurun selepas berhijrah dari FELDA United hujung musim lalu, pemain berasal dari Liberia itu optimis temui rentak sekali gus membantu pasukan menjaringkan gol.

“Saya akui teguran jurulatih itu memang tepat dan kini perkara paling utama adalah segera mengatasi kelemahan agar kepercayaan jurulatih tidak tergugat.

“Tegurannya itu saya ambil sebagai satu motivasi tambahan bagi meningkatkan prestasi bersama pasukan,” katanya.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebelum ini mengambil keputusan menambat semula bekas ayam tambatannya Forkey Doe selepas beberapa pemain skuad utama Red Giants berhijrah beramai-ramai ke pasukan lain musim ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 6:01 AM