FAS akan kaji kedudukan Forkey (kanan sekali). FOTO fail HM
FAS akan kaji kedudukan Forkey (kanan sekali). FOTO fail HM
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan mengkaji kedudukan Francis Forkey Doe selepas pemain import itu didapati bersalah menggunakan kereta klon dan dihukum denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Menurut Setiausaha Agung FAS Rosman Ibrahim, buat masa ini masih terlalu awal untuk mereka mengumumkan tindakan disiplin ke atas pemain berusia 32 tahun dari Liberia itu.

"Kita maklum akan pertuduhan dan denda yang dikenakan kepadanya FAS akan berbincang akan tindakan lanjut ke atas Forkey Doe.

"Kita akan bincang mengenai kes ini apabila presiden Datuk Seri Subahan Kamal pulang dari luar negara nanti," katanya kepada Arena Metro.

Forkey Doe ditahan polis di Bandar Puteri Puchong, Selangor Jumaat lalu kerana disyaki menggunakan kereta klon jenis BMW 325i.

Dia yang dihadapkan ke mahkamah majistret hari ini dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Forkey Doe yang menandatangani kontrak setahun bersama Selangor menjaringkan lima gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 5:40 PM