Shahidan (kiri) dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar pada sidang media di Sandakan berhubung kes kejadian bot membawa 31 pelancong dilaporkan hilang di perairan Pulau Mengalum, Kota Kinabalu sejak pagi semalam. FOTO Ihsan APMM

Syah Rul Aswari AbdullahJunaidi Ladjana dan Mohd Ruzaini Zulkepli dan Hazsyah Abdul Rahman

Kota Kinabalu: Seramai 25 orang terselamat, enam lagi masih hilang selepas bot jenis katamaran membawa pelancong China ke Pulau Mengalum, kira-kira 30 batu nautika dari sini, karam di tengah perairan Kota Kinabalu, semalam.

Bot membawa 31 penumpang iaitu 28 pelancong China selain tekong serta dua kru warga tempatan dipercayai pecah selepas dipukul ombak kuat ketika cuaca buruk sebelum karam

Tekong bot dikenali sebagai Reco, 20-an serta tekong, Amman Abdul, 40, ditemui terapung di perairan antara Pulau Tiga dan Pulau Samarang, di sini, kira-kira 2 petang tadi.

Seramai 23 lagi mangsa dijumpai di perairan berhampiran Semarang di lokasi berasingan, iaitu lima ditemui oleh sebuah bot tunda dan masing-masing lapan serta 10 mangsa ditemui berasingan oleh dua bot nelayan.

Kesemua mangsa dibawa pulang oleh agensi penyelamat ke Kota Kinabalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata usaha giat dijalankan bagi mengesan enam lagi mangsa yang hilang.

"Ini termasuk menggunakan pesawat EC725 yang mempunyai keupayaan menjalankan operasi SAR pada waktu malam," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sandakan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 7:58 PM