ZUBIL menunjukkan jaket keselamatan yang ditemui. FOTO Mohd Adam Arinin
ZUBIL menunjukkan jaket keselamatan yang ditemui. FOTO Mohd Adam Arinin
Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah mengesahkan lima jaket keselamatan yang ditemui sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan Sabah dan negara jiran bukan dimiliki mangsa bot karam di Pulau Mengalum, 28 Januari lalu.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, ini termasuklah satu jaket keselamatan yang ditemui di enam batu nautika timur laut perairan Labuan, 10 pagi tadi.

"Perkara itu disahkan oleh syarikat pelancongan berkaitan iaitu Syarikat Golden Sailing, hari ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian 28 Januari lalu, bot katamaran membawa 28 pelancong China dan tiga anak kapal karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 6:34 PM