JUALAN mega EMTOP meliputi lebih 100 alat perkakasan.
JUALAN mega EMTOP meliputi lebih 100 alat perkakasan.

Kuala Lumpur: EMTOP, jenama perkakasan antarabangsa di bawah Kumpulan MR DIY menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus bagi Jualan mega EMTOP sehingga 30 April ini.

Selain itu, ia turut menawarkan Mega Combo yang membolehkan pelanggan mendapatkan empat perkakasan pada harga RM599, berbanding harga biasa RM1,450.

Kumpulan MR DIY dalam kenyataan berkata, jualan mega itu meliputi lebih 100 alatan perkakasan.

"Pelanggan boleh mendapatkan alatan kuasa seperti sepana impak litium-ion yang kini berharga RM415, berbanding harga biasa RM830, gerudi hentaman pada RM105 (harga biasa RM210), peniup litium-ion pada RM230 (harga biasa RM460), dan senapang haba pada RM85 (harga biasa RM170).

"Selain itu, pelanggan boleh menikmati empat alatan perkakasan iaitu pengisar sudut litium-ion, gerudi tanpa wayar litium-ion, lampu kerja litium-ion, dan set cakera potong logam semuanya pada harga RM599 (harga biasa RM1,450)," katanya.

Pada April 2023, Kumpulan MR DIY memperkenalkan jenama EMTOP pertama di Malaysia di kawasan Lembah Klang.

Jenama yang diiktiraf di peringkat global di lebih 80 negara ini, menawarkan lebih 1,000 produk perkakasan berkualiti, termasuk alatan kuasa dan aksesori.

Antara keunikannya ialah bateri standardnya yang digunakan pada lebih 100 alatan, memberikan kemudahan dan kecekapan buat pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2024 @ 7:30 AM