PEMAIN  Johor DT  Jeronimo Barrales (dua  dari kiri) diasak   Farizal   (kiri) pada aksi  di Stadium  Larkin malam tadi.
PEMAIN Johor DT Jeronimo Barrales (dua dari kiri) diasak Farizal (kiri) pada aksi di Stadium Larkin malam tadi.
Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Tiga mata akhirnya diraih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) selepas mencipta kemenangan pertama apabila menewaskan FELDA United 3-1 di Stadium Larkin, malam tadi.

Bagaimanapun, pelawat terlebih dulu memecah kebuntuan pada minit ke-22 selepas berlaku kekalutan di depan gol dan kesempatan itu diambil Norshahrul Idlan Talaha yang merembat menewaskan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.

Namun gol itu tidak bertahan lama apabila tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-26 selepas sepakan sudut Safiq Rahim tepat kepada Fadhli Shas yang menanduk kemas untuk menewaskan Mohd Farizal Harun.

Bersambung babak kedua, aksi kedua-dua pasukan tampak seimbang apabila masing-masing kerap melancarkan gerakan bagi menambah jaringan namun dipatahkan benteng pertahanan sama ada FELDA United atau Johor DT.

Pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-59 selepas pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada Hasni Zaidi Jamian selepas mengutip dua kad kuning kerana mengasari pemain gantian Muhd Safawi Rasid.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya tuan rumah untuk mencipta gol kedua pada minit ke-62 apabila Gonzalo Cabrera merembat kencang menggunakan kaki kiri untuk menewaskan Farizal hasil tolakan Azammuddin Akil.

Tindakan Farizal yang keluar dari posisi pada minit ke-64 memakan diri sendiri apabila gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sehingga membolehkan Brian Fereirra mudah menolak ke gawang kosong untuk memastikan Harimau Selatan menang perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 5:14 AM