PENGADIL Jonathan Moss (kiri) mengarah Wenger (tengah) meninggalkan kawasan teknikal selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Taylor (kanan) ketika perlawanan Arsenal dengan Burnley. FOTO AP
PENGADIL Jonathan Moss (kiri) mengarah Wenger (tengah) meninggalkan kawasan teknikal selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Taylor (kanan) ketika perlawanan Arsenal dengan Burnley. FOTO AP
AP

London: Persatuan Bolasepak (FA) England menghukum pengurus Arsenal, Arsene Wenger penggantungan empat perlawanan di tepi padang kerana bertelagah dengan pegawai perlawanan.

Wenger terlepas daripada penggantungan dari stadium selepas menolak pegawai keempat, Anthony Taylor di kawasan terowong di Stadium Emirates, Ahad lalu ketika kemenangan 2-1 ke atas Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Menurut FA, selepas diarah meninggalkan kawasan teknikal oleh pengadil, Wenger menggunakan kata-kata kesat atau menghina terhadap pegawai keempat itu.

“Tingkah lakunya di kawasan terowong dan tindakannya menyentuh pegawai keempat itu didapati kelakuan tidak wajar,” katanya.

Wenger turut didenda £25,000 (RM139,082) selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Penggantungan itu bermula dengan perlawanan Arsenal dengan Southampton dalam saingan Piala FA, awal pagi Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 4:39 AM