GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Wartawan dan jurukamera warga asing ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang, hari ini.

Pengarah JPNK, Datuk Zahari Ibrahim berkata, kedua-dua lelaki masing-masing wartawan, 46, dan jurukamera, 36, yang mendakwa daripada stesen televisyen di Singapura ditahan pada 9 pagi.

Katanya, ketika ditangkap, jurukamera sedang merakam video pegawai penguatkuasa menjalankan tugas di kawasan sekatan HSK.

"Ketika itu, tiada Orang Asli di lokasi dan hanya jurukamera yang berada di kawasan itu manakala wartawannya bersembunyi di dalam semak.

"Mereka ditahan kerana memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran yang boleh disiasat mengikut Seksyen 47 (1) Enakmen Perhutanan Negara 1984," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka ditahan untuk rakaman percakapan dan dijangka dibebaskan malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 6:26 PM